membuka bicara mengindahkan suasana
kita melangkah satu tapak demi satu tapak.. mencari pembaharuan.. mencari kesenangan.. bila difikir masa berlalu dengan pantas.. tanpa diduga internet menjadi satu keperluan dan bukan lagi satu kehendak.. internet menghubungkan ramai insan yg hidup di muka bumi ALLAH ini tanpa sempadan negara mahupun bangsa.. dulu sebelum ak mengenal apa itu komputer, ak hanya mengutus surat dari diri ini kepada individu yg lain.. ak menulis surat menggunakan sebatang pen bermediumkan sehelai kertas.. tp sekarang berbekalkan sebiji komputer bersama jalur lebar ak mampu berhubung dengan berjuta-juta masyarakat dunia yg ak sendiri tidak kenali.. jadi dgn ada blog seperti ini dapat ak dan keluarga yg ak sygi berkongsi kehidupan kami disini.. mungkin dapat menjadi iktibar kepada yg berada diluar sana.. bahawa keluarga merupakan sesuatu yg x dapat dibeli menggunakan mata wang.. tanpa keluarga kite merana.. tanpa keluarga kita tak kemana.. walaupun masa bergerak meninggalkan kita.. kita xpernah ditinggalkan keluarga kerna kasih sayang yg terjalin bukan diikat dgn tali tetapi diikat dgn hati.. renung2kan... jadi dgn terciptanya satu medium perantara ini kami dpt mengetahui apa yg terjadi kepada setiap individu yg terdapat dalam institusi kekeluargaan kami.. jadi updatekan a blog ni terutama dr nurzawani yg kini berpengkalan di sarawak.. tanpa seorang individu tidak lengkap keluarga zedz n noni ini.. akhir kata.. biar kita berkecai badan jangan kita berkecai hubungan.. assalamualaikum
2 Comments:
macam berpidato la plak...
saya setuju yang arif
biasalah bakat terpendam
haha
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home